PORTAL RASMI : PUSAT PROGRAM LUAR

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
PPL, UPSI

MAKLUMAN MENGENAI PERAKUAN SEMAKAN MARKAH KERJA KURSUS

E-mail Print PDF

Adalah dimaklumkan bahawa Senat Kali Ke-116 Bil. 3 /2014 bertarikh 27 Mac 2014 telah memutuskan agar semua pelajar menyemak dan membuat perakuan semakan markah kerja kursus melalui MyUPSI Portal. Sehubungan itu, semua pelajar diwajibkan untuk menyemak dan membuat perakuan semakan markah kerja kursus mulai minggu ke-13 kuliah yang akan bermula pada 19 Mei 2014 hingga 2 Jun 2014.

Berikut adalah carta alir proses perakuan semakan markah kerja kursus melalui MyUPSI Portal;

 

PERINGATAN MESRA MENGENAI KPR3974 - LATIHAN MENGAJAR

E-mail Print PDF

KPR 3974 Latihan Mengajar wajib diambil oleh semua pelajar Program Pensiswazahan Guru Pendidikan Jarak Jauh (PPG-PJJ) tidak kira pangkat atau usia atau pengalaman mengajar.

 

1.      Latihan Mengajar bagi Program Pensiswazahan Guru Pendidikan Jarak Jauh (PPG-PJJ) adalah komponen wajib dalam program pendidikan guru sebagaimana surat arahan pelaksanaan Latihan Mengajar pada 4 Februari 2014 oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Semua pelajar yang mengambil program PPG-PJJ ini wajib menjalani Latihan Mengajar.

2.      Pihak BPG, KPM telah mengarahkan pihak sekolah memberi kerjasama sepenuhnya untuk pelaksanaan Latihan Mengajar Program PPG-PJJ.

3.      UPSI sebagai pembekal latihan yang menjalankan arahan dan tugas daripada pihak BPG untuk Program Pensiswazahan Guru. Latihan Mengajar di UPSI mengikut sebagaimana Garis Panduan Latihan Mengajar Program PPG-PJJ di UPSI.

4.      Sekiranya ada masalah terus berhubung dengan pegawai BPG iaitu En. Shahrir Samsuri (03-88841188) atau Puan Latifah Zain (03-88841188).

Sekian untuk makluman. Terima kasih.

b/p: Pengarah Pusat Pengarah Pusat Latihan Mengajar Dan Industri

 

LANJUTAN TARIKH SEMAKAN PENDAFTARAN KURSUS SECARA ONLINE SEMESTER 2 SESI 2013/2014

E-mail Print PDF

Dimaklumkan kepada semua pelajar PPG-PJJ, tarikh SEMAKAN PENDAFTARAN KURSUS SECARA ONLINE SEMESTER 2 SESI 2013/2014 telah dilanjutkan sehingga 21 Mei 2014 (Rabu).

Maklumat lanjut sila kilik di sini >> SEMAKAN PENDAFTARAN KURSUS SECARA ONLINE SEMESTER 2 SESI 2013/2014

Last Updated on Thursday, 15 May 2014 09:55
 

TARIKH TAKLIMAT KPR3974 LATIHAN MENGAJAR KOHORT 2 SEMESTER 7 DI SEMUA PUSAT

E-mail Print PDF

Untuk makluman semua pelajar KOHORT 2 SEMESTER 7

Taklimat berkaitan KPR3974 Latihan Mengajar akan dilaksanakan di Pusat - Pusat Pembelajaran seperti butiran berikut:

Pusat Pembelajaran

Tarikh & Hari Taklimat LM

 

Kedah/Perlis

Johor Bahru

Kelantan

Terengganu

 

JUMAAT

12/09/2014

8.30 pg – 12.30 tghr

 

UPSI

Melaka

Negeri Sembilan

Pahang

Pulau Pinang

Kota Kinabalu, Sabah

 

SABTU

13/09/2014

8.30 pg – 12.30 tghr

Taklimat yang akan diberikan merangkumi penerangan pelaksanaan latihan mengajar, syarat-syarat lulus dan gagal, permarkahan dan juga penerangan tentang penggunaan MyGuru Video Uploader. Semua pelajar KOHORT 2 semester 7 DIWAJIBKAN HADIR untuk sesi taklimat ini.

Ketidakhadiran anda akan menyebabkan anda tidak mendapat maklumat yang sewajarnya.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan latihan mengajar. Sila hubungi : 015-48117210/7213 (PULAMI)

 

 

SENARAI NAMA PELAJAR YANG TELAH DI POS BORANG PERJANJIAN BPG

E-mail Print PDF

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kepada semua pelajar PJJ , borang perjanjian BPG telah diposkan kepada anda. Sila semak nama anda dari pautan di bawah :

>>> Senarai Nama (Borang Perjanjian BPG)

Berikut adalah status penerimaan borang perjanjian BPG untuk rujukan dan tindakan para pelajar :

>>> STATUS PENERIMAAN BORANG PERJANJIAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

 

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi BPG di talian :

1) 03 - 8884 1262
2) 03 - 8884 1245
3) 03 - 8884 1091

Sekian, Harap Maklum.

Last Updated on Monday, 07 July 2014 09:20
 
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  5 
  •  6 
  •  7 
  •  8 
  •  9 
  •  10 
  •  Next 
  •  End 
  • »


Page 1 of 18

Kemaskini terakhir 7 Feb 2013 © Hakcipta 2012 Pusat Program Luar, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox Versi 3+ dan Microsoft Internet Explorer Versi 8+ dengan resolusi skrin 1024 x 768
Pusat Program Luar,Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan | Tel : 05-4506199 | Faks : 05-4582080
Webmaster : sitinadiah@.upsi.edu.my